fbpx

EPL: Chelsea terdesak buru Gittens

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GITTENS dianggap memiliki ciri-ciri pemain yang diinginkan oleh Maresca menyebabkan Chelsea berusaha untuk mendapatkan khidmatnya. - AFP

LONDON – Chelsea menjadikan Jamie Gittens sebagai sasaran utama musim panas ini ketika Enzo Maresca mahu membentuk semula jentera serangan dengan pemain sayap berkaki kanan.

Kelab itu sudah bersetuju dengan syarat peribadi bersama pemain Borussia Dortmund berusia 20 tahun itu, namun tawaran awal £42 juta (RM240 juta) ditolak dan Chelsea dijangka kembali dengan bidaan baharu bagi melengkapkan perpindahan bernilai sekitar £50 juta (RM285 juta).

Maresca mahukan pemain berkaki kanan, tetapi beroperasi di bahagian sayap kiri sebagai strategi utama, terutamanya selepas kelab menolak peluang mendapatkan Jadon Sancho dari Manchester United.

Sebagai pelan alternatif sekiranya gagal mendapatkan Gittens, Chelsea turut mempertimbangkan Malick Fofana dari Lyon.

Buat masa ini, pilihan sayap Chelsea hanya tertumpu kepada Pedro Neto dan Noni Madueke yang kedua-duanya berkaki kiri, manakala pemain muda Tyrique George masih belum cukup pengalaman.

Madueke juga terbuka untuk dilepaskan sekiranya menerima tawaran sesuai, apatah lagi dengan kehadiran pemain muda sensasi Brazil, Estevao Willian yang akan menyertai pasukan selepas aksi Piala Dunia Kelab.

Chelsea juga masih belum berputus asa untuk mendapatkan Mohammed Kudus dari West Ham meskipun bidaan awal ditolak dan rundingan seterusnya berdepan kekangan kerana West Ham hanya mahukan jualan tunai.

Sementara itu, Chelsea mengikat Mamadou Sarr dari Strasbourg dengan nilai £11.9 juta (RM62.8 juta), dan pemain berusia 19 tahun itu dilihat serasi dengan corak permainan Maresca yang menekankan hantaran tepat dan kawalan bola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI