fbpx

‘Datuk’ ada 18 rekod jenayah larikan kanak-kanak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas diberkas polis selepas dipercayai bertindak melarikan sebuah kereta bersama kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 12 tahun di Penaga, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, ibu kanak-kanak terbabit telah memandu bersama anaknya ke bengkel kenderaan suaminya untuk menghantar minyak hitam.

“Wanita terbabit kemudiannya meninggalkan anaknya dalam kereta terbabit tanpa mematikan enjin sebelum suspek melarikan kenderaan itu.

“Dia kemudiannya dibantu rakan suami mencari anaknya di sekitar kawasan berhampiran namun tidak ditemui.

“Bagaimanapun, menerusi aplikasi dalam telefon bimbit wanita terbabit, anaknya dikesan berada di Bagan Lalang, Butterworth,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, suspek berjaya ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD SPU dibantu anggota Balai Polis Butterworth.

“Hasil semakan mendapati suspek memiliki tujuh kes jenayah dan 11 kes berkaitan dadah.

“Mangsa berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 379A dan 363 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI