SEBELUM ini, suami Ummi Nazeera iaitu Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani sering menjadi bahan bualan netizen kerana sikap kelakarnya.
Namun kini, sikap tersebut seperti sudah berjangkit kepada Ummi yang sebelum ini dikenali sebagai pelakon yang lemah lembut dan elegan.
Mana tidaknya, sejak kebelakangan ini Ummi sering memuat naik video dengan gelagat lucu dalam TikTok.
Dalam ruangan komen, netizen berseloroh agar Dr. Izzar tidak menyalurkan perangai lucu kepada Ummi yang kini dilabel ‘rosak’!
“Nak minta tolong Dr. Izzar kawal Ummi pun tak boleh sebab sekarang sudah sama-sama rosak, tapi lucu!
“Tertukar dengan roh suami ke, tak sangka Ummi ‘masuk air’ juga.
“Dr. Izzar tolong bagi dos lebih sikit, lain macam Ummi sekarang,” usik netizen.