fbpx

Buat kerja terkutuk, selebriti ini korek ‘neraka’ sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA selebriti dunia yang terkait kes amang seksual dan rogol sehingga menjatuhkan reputasi.

KES mahkamah yang melibatkan golongan terkenal sememangnya meraih perhatian berganda daripada masyarakat.

Lebih menjadi tumpuan andai yang terkait dengan isu panas membabitkan undang-undang merupakan selebriti pujaan ramai.

Tercetus sahaja berita berkaitan artis sebegitu walaupun belum ke peringkat pertuduhan di mahkamah, sudah muncul pelbagai spekulasi.

Antara kes yang paling mengundang perdebatan umum termasuk di laman sosial tentu sahaja hal membabitkan amang seksual yang melibatkan pelakon juga pemenang trofi Anugerah Juara Lagu, Naim Daniel.

Gala minggu ini turut menyenaraikan beberapa artis antara bangsa yang berdepan dakwaan kes gangguan seksual bahkan ada yang sudah berdepan hukuman.

Oh Young Soo

SUDAH memasuki fasa usia emas, pelakon Korea Selatan Oh Young Soo, 80, mengecap kegemilangan di peringkat global apabila menjadi bintang pertama negara ityyn yang meraih Anugerah Golden Globe.

Namun nama baik aktor yang berkecimpung dalam arena seni sejak 1967 itu tercalar selepas disabitkan dengan hukuman penjara lapan bulan pada Mei tahun lalu kerana melakukan gangguan seksual.

Perbuatan tersebut berlaku pada November 2022, apabila bintang drama bersiri Squid Game itu dikatakan memeluk seorang pelakon lain secara tidak wajar, memegang tangan dan mencium pipi.

Pada Ogos 2024, peguamnya membuar rayuan di Mahkamah Daerah Suwon bagi mengurangkan hukuman termasuk penggantungan kontrak kerja selama dua tahun atas kesalahan sama.

Menurutnya, pelakon veteran itu sudah cukup berdepan hukuman berat daripada netizen apabila berterusan dicemuh dan dikecam.

P Diddy

ANTARA pertuduhan menggemparkan industri hiburan global adalah dakwaan terhadap penerbit muzik tersohor, Sean John Combs atau P Diddy membabitkan rogol, serangan seksual dan eksploitasi seksual.

Dengan deretan lebih 100 mangsa termasuk 25 individu bawah umur, isu tergempar yang dibicarakan di mahkamah terus memancing tumpuan dunia. Sejak ditahan pada September 2024 di Pusat Tahanan Metropolitan Brooklyn dengan dua kali permohonan ikat jamin ditolak, nasib mogul muzik berusia 55 tahun itu berada di hujung tanduk.

Skandal tersebut menjadi bualan apabila turut mengaitkan ramai selebriti yang didakwa turut menjadi mangsa kerasukan nafsu P Diddy seperti penyanyi rap Meek Mill, Usher dan Rick Ross.

Mereka difahamkan sanggup mengadakan hubungan sejenis dengan lelaki terbabit sebagai jalan pintas mengecap populariti sebagai artis rakaman. Malah pemerhati kes tersebut turut mendakwa ramai lagi mangsa dalam kalangan selebriti enggan membuka mulut kerana takut reputasi mereka tercalar.

Jung Joon Young

PENYANYI Korea Selatan, Jung Joon Young didapati bersalah atas tindakan merogol secara beramai-ramai pada 2016.

Mahkamah Daerah Seoul Tengah memutuskan Joon Young dipenjara enam tahun atas kesalahan rogol dan mengedarkan video seks yang diambil tanpa kerelaan mangsa.

Dia juga didapati bersalah secara berasingan kerana merakam dirinya mengadakan hubungan badan dengan wanita tanpa pengetahuan mereka dan menyebarkan rakaman berkenaan bersama rakan lain diruangan sembang (Kakao Talk) tanpa keizinan mangsa.

Michael Jackson

RAJA pop, Michael Jackson pernah berdepan tuduhan 14 dakwaan pencabulan kanak-kanak pada 2003 iaitu kes yang kurang sama pernah berlaku 10 tahun sebelumnya.

Namun difahamkan kedua-dua kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah dengan bayaran sebanyak US$23 juta atau RM97 juta.

Semuanya bermula pada 2002 apabila krew dokumentari British ‘menangkap’ Michael memegang tangan seorang kanak-kanak lelaki dan mengatakan yang mereka telah tidur di bilik sama.

Apabila dokumentari ini ditayangkan setahun kemudian, ibu kanak-kanak itu mendakwa penyanyi terbabit memberikan dadah kepada anaknya sebelum mencabulnya.

Pencarian yang dibuat di rumah agamnya turut menemui banyak bahan pornografi termasuk beberapa buku dengan gambar kanak-kanak lelaki bogel.

Namun dakwaan ini dipatahkan apabila keluarga tertuduh didapati pernah cuba memeras ugut beberapa selebriti dan organisasi lain demi mendapatkan wang mudah membuatkan kredibiliti pendakwaraya tercalar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI