fbpx

Anak penghulu  jemput 10,000 tetamu ke majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan tetamu duduk ketika pasangan pengantin berada di atas pelamin. - TikTok

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Indonesia menjadi sensasi internet apabila mengundang seramai 10,000 tetamu ke majlis perkahwinan mereka, lapor portal berita Detik semalam.

Majlis perkahwinan itu berlangsung di Bangkalan, wilayah Jawa Timur pada 13 Jun lalu. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @salzhapictures memaparkan dewan besar dihiasi lampu gergasi dan bunga berwarna-warni. 

Majlis itu bukan sahaja penuh dengan hiasan, malah sarat dengan kehadiran tetamu. 

Menurut jurugambar dikenali sebagai Salim, kedua-dua pengantin itu merupakan anak kepada ketua desa atau penghulu  di Jawa Timur. 

“Majlis pernikahan itu diadakan selama tiga hari berturut-turut,” katanya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 810,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Berapa gaji ketua desa  sampai boleh buat majlis sebesar itu?” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI