fbpx

120 berentap di Kejohanan Golf Terbuka Amatur Bridgestone 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peserta bergambar kenangan ketika menyertai Kejohanan Golf Terbuka Bridgestone 2025 di Kelab Golf Tasik Puteri baru-baru ini.

RAWANG – Seramai 120 pemain golf amatur berentap dalam Kejohanan Terbuka Amatur Bridgestone ASEAN 2025 di Kelab Golf Tasik Puteri baru-baru ini.

Pengarah Urusan Prestige Golf Sdn. Bhd., K. Vasudevan berkata, ia merupakan pembuka tirai kepada siri liga sepuluh pusingan di seluruh Malaysia yang akan berakhir di Jelab Golf Templer Park akhir tahun ini.

Katanya, kejohanan kali ke-9 itu menampilkan perlawanan yang sengit di samping pemain merebut peluang mendapatkan lima hadiah hole-in one, cabutan bertuah dan lain-lain.

“Tasik Puteri menjadi latar terbaik untuk menampilkan bakat-bakat serantau serta memperkukuh misi kami dalam memperkembangkan golf amatur di ASEAN.

“Kami berbangga dapat melancarkan liga itu yang menyatukan para pemain golf melalui 10 acara yang menarik dan kami amat mengalu-alukan penyertaan daripada pemain di semua peringkat kemampuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Vasudevan, acara itu dimenangi Mohd. Najib Moktar untuk kategori Nett dan Gross pula diungguli Aqif Azlan.

Kejohanan Terbuka Amatur Bridgestone ASEAN 2025 akan meneruskan siri jelajahnya tahun ini dengan pusingan seterusnya dijadualkan berlangsung di Kelab Golf Tanjong Puteri (Johor, 6 Julai), Kelab Golf Templer Park (Seangor, 11 Julai) dan Kelab Golf Miri (Sarawak, 26 Julai). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI