fbpx

Warga emas terperangkap banjir kilat di Taman Bukit Kemuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam dan anggota bomba memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir.

SHAH ALAM – Hujan lebat mengakibatkan perumahan di Taman Bukit Kemuning dilanda banjir kilat, hari ini.

Situasi turut menyebabkan seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila terperangkap selepas kediamannya dinaiki air setinggi satu meter.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.29 pagi berhubung kejadian itu.

Katanya, seramai 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam daripada rumah dan dibawa ke tempat yang selamat.

“Paras air banjir di lokasi kejadian adalah satu meter,” katanya hari ini.

Jelasnya, setakat ini pusat pemindahan sementara (PPS) masih belum dibuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI