JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila dia dikejar seekor babi hutan kerana membawa lari anaknya, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @mygigsmedia memaparkan wanita terbabit berlari dengan laju ketika menuruni bukit sambil membawa anak haiwan itu.
Malah, dia berlari sambil ketawa ketika dikejar babi hutan yang mendesah kemarahan selepas anaknya dibawa lari.
Rakaman itu mencatatkan lebih 54,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bukan wanita sembarangan,” kata seorang netizen.
“Wanita tak bolehkah tidak buat perkara pelik dalam sehari?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI