fbpx

[VIDEO] Banjir Bukit Kemuning: Lebih 100 penduduk dibawa keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas terpaksa didukung bagi proses pemindahan hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Lebih 100 penduduk kawasan perumahan Taman Bukit Kemuning berjaya dipindahkan pihak berkuasa selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat hari ini.

Ketua Bomba Zon Shah Alam, Ahmad Zaidi Safuan berkata, insiden banjir kilat berkenaan melibatkan 180 buah rumah dengan sebahagian kawasan dinaiki air setinggi lebih satu meter.

Katanya, kesemua penduduk yang dikeluarkan telah dipindahkan sementara ke Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Kemuning Utama.

“Memang ramai masih enggan keluar dengan alasan sayang rumah mereka. Sekiranya hujan lebat kembali akan menyukarkan proses menyelamat.

“Ini terutamanya mereka yang berusia lebih 50 tahun adalah diwajibkan bagi memudahkan pemantauan dan keselamatan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Beliau memberitahu, sistem pengairan di taman perumahan tersebut adalah bergantung kepada pam air.

“Hasil tinjauan didapati terdapat satu pam besar tidak berfungsi bagi mengeluarkan air termasuk daripada kawasan parit.

“Kita sudah memaklumkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pasukan mereka sedang berusaha mengaktifkannya,” katanya.

Jelas beliau, seramai 48 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi terlibat seperti Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Bomba Sukarela Seri Kembangan, MBSA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI