fbpx

Terima kasih atas khidmat bakti – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan hormat perpisahan oleh Razarudin hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Tan Sri Razarudin Husain yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara pada 22 Jun ini.

Anwar berkata, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, kepimpinan dan dedikasi Razarudin sepanjang menerajui pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya mendoakan agar Tan Sri Razarudin terus dikurniakan kesihatan yang baik, serta kekuatan untuk terus menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti.

“Terima kasih atas khidmat bakti yang amat bermakna kepada rakyat dan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Razarudin bakal menamatkan perkhidmatannya secara kontrak selama dua tahun pada 22 Jun ini.

Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Mohd. Khalid Ismail mengambil alih tugas sebagai Ketua Polis Negara ke-15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI