fbpx

STL: Melaka Titans, PDRM Defenders buru kejuaraan sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Melaka Titans meraikan kejayaan menewaskan KL Thunders pada aksi separuh akhir GP Terengganu STL di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Terengganu, Kuala Nerus malam ini.

KUALA TERENGGANU – Grand Prix Terengganu Sirkit Liga Sepak Takraw (STL) bakal menerima juara baharu apabila Melaka Titans dan PDRM Defenders bakal berentap di pentas final malam esok.

Skuad Melaka Titans yang masih mengekalkan trio berbisa iaitu Mohamad Syahir Rosdi (tekong), Mohamad Azlan Alias (apit kanan) dan Muhammad Zaim Razali (apit kiri) tampil konsisten dan tenang menewaskan juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Thunders 2-0 pada aksi separuh akhir.

Sementara itu, PDRM Defenders turut mencipta sejarah tersendiri apabila mara ke final selepas menundukkan pilihan utama, Selangor Pistons 2-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir yang turut mencuri tumpuan.

Trio PDRM diketuai tekong dari Thailand, Worapat Kaewtawatwiset bersama gandingan kembar Shahalril Aiman dan Shahalril Aimin Halim tampil mantap daripada segi rentak dan servis untuk mengekang kemaraan regu lawan.

Perlawanan akhir antara Melaka Titans dan PDRM Defenders dijadual berlangsung pukul 9.30 malam esok di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI