fbpx

Saya tidak mahu menyusahkan rakyat bawahan perkenal GST – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan kerajaan untuk tidak melaksanakan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana mengambil kira pendapatan rakyat yang masih di tahap rendah.

Perdana Menteri berkata, walaupun sistem GST adalah telus dan efisyen, tetapi ia mengenakan cukai secara menyeluruh yang akan menyusahkan rakyat bawahan.

Berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), katanya, sistem cukai itu lebih bersasar dan hanya mengenakan cukai kepada barangan tertentu, khususnya barangan import mewah atau buah-buahan import.

“Ketika saya Menteri Kewangan dahulu, saya masih ingat jawapan saya di Parlimen, GST itu adalah antara sistem percukaian yang efisyen dan telus. Tetapi saya terpaksa tangguhkan kerana nilai ambang pendapatan rakyat ketika itu terlalu rendah.

“Orang yang pendapatan RM2,000, walaupun kita bagi beberapa pengecualian, tetapi banyak yang terkena (cukai). Memang beli gula, beras tak kena cukai, namun dia pergi beli barang lain, naik bas, semua itu secara tidak langsung kena cukai GST.

“GST itu menyeluruh, telus (memang) senang pelaksanaannya, tetapi saya kata, biarlah pendapatan rakyat naik dahulu. Katalah gaji minimum RM4,000, mungkin masa itu kita kata boleh. Sekarang Ini orang masih ada gaji RM1,700 atau RM2,000 pun ada.

“Mungkin saya tidak bijak dalam membuat keputusan ini, tetapi niat saya tidak mahu memperkenalkan cukai yang memberi kesan dan menyusahkan rakyat bawahan,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI