fbpx

RM47.74 juta ‘lesap’ akibat penipuan di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN menyampaikam sijil penghargaan kepada salah seorang penerima pada Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2024 di Seremban di sini, hari ini. - UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL

SEREMBAN – Kes jenayah komersial di Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila merekodkan kerugian RM47.74 juta sejak Januari hingga kini, berbanding RM33.84 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, peningkatan jenayah itu saban itu tahun menunjukkan situasi serius dan memerlukan tindakan segera daripada pihak berwajib, khususnya polis dan agensi berkaitan.

“Ini merupakan satu cabaran. Saya harap pihak polis dapat bekerjasama dengan masyarakat melalui kempen kesedaran bagi membendung jenayah ini,” katanya selepas Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2024 di sini, hari ini.

Menurut beliau, penipuan dalam talian mencatat 82 peratus daripada keseluruhan kes jenayah komersial.

Antara jenis penipuan yang paling tinggi dilaporkan adalah berkaitan telekomunikasi sebanyak 480 kes, penipuan pembelian dalam talian (248), pelaburan tidak wujud (208), pinjaman tidak wujud (151) dan love atau parcel scam (22).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI