fbpx

Rahmad Mega sertai parti Amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahmad Mega menyertai Amanah kerana parti itu bebas daripada sebarang isu besar.

PETALING JAYA – Vokalis kumpulan Mega, Rahmad Tohak atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) malam tadi.

Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, Rahmad Mega membuat keputusan menyertai Amanah kerana parti tersebut bebas daripada sebarang isu.

“Alhamdulillah, malam tadi sah saudara Rahmad Tohak (vokalis kumpulan Mega) menyertai Amanah.

“Beliau tertarik dengan parti Amanah yang masih suci daripada sebarang isu besar dengan pendekatan rahmat untuk semua,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Sesi penyerahan borang keahlian parti oleh Rahmad Mega malam tadi turut dihadiri Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Selamat datang Mad ke dalam keluarga besar Amanah,” kata Muhammad Faiz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI