fbpx

Penyelam mengaku tidak bersalah atas 11 hantaran jelik pada Nurul Izzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslan mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat hantaran jelik terhadap Nurul Izzah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini. - Foto oleh HUSNI MOHD. NOOR

SEPANG – Seorang penyelam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 11 pertuduhan memulakan hantaran komen jelik dan melampau sifatnya terhadap anak Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar menerusi laman media sosial Facebook awal tahun ini.

Tertuduh Ruslan Mat Ali, 48, selaku Orang Kena Saman (OKS) yang juga bapa tunggal membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik dan jelik melampau sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, menggunakan akaun Facebook Ruslan Mat Ali.

Kesemua penghantaran itu didakwa dilakukan antara 21 Januari hingga 25 Februari lalu lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Fadhli Ab Wahab memerintahkan agar Ruslan dikenakan jaminan RM10,000 dan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 18 Julai ini.

Ruslan bagaimanapun gagal membayar wang jaminan tersebut dan direman sehingga tarikh sebutan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI