fbpx

MotoGP: Honda letak sasaran 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARCO merupakan pelumba yang menggunakan jentera Honda paling cemerlang musim ini selepas meraih kemenangan di Le Mans. - AFP

MUGELLO – Pengarah Teknikal Honda, Romano Albesiano yakin pasukannya mampu kembali mencabar kemenangan Grand Prix dalam saingan MotoGP musim 2026 selepas menunjukkan peningkatan kemajuan ketara tahun ini.

Albesiano yang menyertai Honda dari Aprilia pada penghujung tahun lalu berkata, perkembangan positif sejak awal musim memberikannya keyakinan bahawa pasukan itu kini berada di landasan yang betul.

“Untuk bersaing merebut kejuaraan dunia, saya tidak pasti, tetapi bagi kemenangan perlumbaan, saya jangkakan ia sesuatu yang realistik,” katanya.

Setakat ini, Honda meraih satu kemenangan di Le Mans dalam keadaan litar basah serta satu podium di Silverstone menerusi Johann Zarco.

Menurut Albesiano, Honda kini memberi tumpuan penuh kepada pembangunan teknikal jentera RC213V yang berterusan sehingga penghujung musim dengan beberapa kemas kini utama akan diperkenalkan.

“Kami ada senarai padat untuk dibawa menjelang akhir musim ini termasuk dari aspek casis dan enjin. Anda akan lihat evolusi pantas pada motosikal kami,” ujarnya.

Dalam masa sama, Albesiano enggan mengulas mengenai kemungkinan perpindahan juara dunia semasa, Jorge Martin ke Honda selepas pelumba itu dikatakan mahu meninggalkan Aprilia.

“Jika Martin ke Honda, ia baik untuk Honda. Tetapi saya baru meninggalkan Aprilia, jadi saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI