NEW DELHI – Seorang lelaki dikenali sebagai Shiva menggunakan kaki dan tangannya untuk memanjat dinding sebuah telaga di India, lapor portal berita The Indian Express hari ini.
Shiva memanjat telaga tanpa tali dan hanya menggunakan kedua-dua tangan serta kakinya.
Dia memanjat dan turun dengan mudah, menyerupai watak adiwira Spider-Man dengan badannya diregangkan di celah lubang perigi.
Rakaman video itu disiarkan di platform Instagram rasminya dengan menggunakan akaun @shivazfitzone dan merekodkan lebih tiga juta tontonan.
Seorang netizen mengulas: “Saya kagum dengan kekuatan anda.”
“Puncak kekuatan manusia,” kata seorang netizen lain. – AGENSI