fbpx

Lelaki mati ditembak ditemui mengiring dalam trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan tembakan pada cermin kenderaan pacuan empat roda dinaiki mangsa.

KLANG – Polis mengesahkan seorang lelaki maut dalam insiden tembakan di hadapan sebuah kedai motosikal di Taman Meru Utama, Meru di sini, hari ini.

Lelaki tempatan berusia 46 tahun itu ditemukan dalam sebuah trak pikap jenis Ford Ranger di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 3.37 petang.

Katanya, pemeriksaan menemukan mangsa dalam keadaan mengiring berlumuran darah di tempat duduk pemandu.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu maut ditembak di depan kedai. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan. Mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Vijaya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan M. Sathiyaseelan di talian 012-5197913 atau balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI