fbpx

‘Kami sedih terpaksa saman walaupun dia kawan baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Misteri Fraser 1910 mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 26 Jun ini. – SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Penerbit filem Misteri Fraser 1910, Elani Aidid dan suaminya Amai Kamarudin terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap pengarah filem tersebut iaitu Shuhaimi Zulkefli selepas permintaan mereka untuk dia menurunkan hantaran dalam media sosial tidak diendahkan.

Menurut Elani, pihaknya juga memberi peluang kepada Shuhaimi untuk memadamkan hantaran yang dibuatkan dalam tujuh hari, namun dia gagal berbuat demikian.

“Sejujurnya saya sedih dan kecewa bila perkara ini terjadi. Saya kenal dan berkawan baik dengannya sejak lima tahun lalu. Ini adalah filem pertama kami. Saya selalu penerbit, dan dia selaku pengarah.

“Bila permintaan kami untuk selesai secara baik tidak disambut olehnya, maka kami terpaksa menggunakan jalan undang-undang agar segala ketegangan yang berlaku ini tidak mengganggu pelancaran filem ini,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Misteri Fraser 1920, di sini, kelmarin.

Ditanya apakah punca utama konflik yang berlaku diantara mereka, kata Elani dia tidak boleh mendedahkan perkara tersebut sekarang dan menyerahkan segalanya kepada pihak mahkamah.

“Tak lama sahaja lagi kalian akan tahu bila perbicaraan kes ini berlangsung pada bulan Julai,” kongsinya.

Pada majlis tayangan tersebut, kelibat pengarah juga tidak kelihatan, malah namanya pada poster juga dikecilkan dan diletakkan di bahagian bawah.

Kata Elani memang pihaknya sengaja tidak mengundang Shuhaimi untuk mengelakkan sebarang konflik.

“Memang kita tak jemput dia pada malam gala kerana hubungan kami masih tegang dan kami mahu majlis ini berjalan dengan lancar.

“Tentang poster pula sebenarnya dia yang ‘request’ supaya namanya tidak diletakkan pada poster. Tetapi kita tetap letak namanya di poster juga dalam kredit filem ini.

“Saya juga meletakkan namanya sewaktu menyertai festival filem di luar negara. Selepas ini kalau filem ini tercalon untuk anugerah dalam negara pun, kami tidak akan menyisihkan namanya sebagai pengarah,” ujarnya.

Terdahulu penerbit filem ini, Millionaire Films Production Sdn. Bhd. menuntut Shuhaimi membuat permohonan maaf berikutan kenyataan berunsur fitnah yang didakwa dibuat dalam akaun media sosial miliknya.

Antara tuduhan yang dilakukan adalah syarikat produksi gagal melunaskan bayaran gaji kru sehingga menyebabkan filem itu disekat daripada ditayangkan.

Filem Misteri Fraser 1910 dibintanginya oleh Josiah Hogan, Siri Hariesa, Amai Kamarudin dan Isyariana akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 26 Jun 2025 ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI