fbpx
Gambar fail sebuah kedai peruncita , Kroger. - Foto Alamy

Juruteknik hilang jari dapat pampasan lebih RM319 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Seorang juruteknik diberikan pampasan lebih AS$75 juta (RM319 juta) selepas dia kehilangan sebilangan jarinya, lapor portal berita The Sun semalam.

Brian Mierendorf cedera parah dalam insiden letupan di sebuah kedai syarikat peruncitan Kroger di bandar Detroit dalam negeri Michigan.

Menurut peguamnya, Jon Marko, apabila bahan penyejuk yang rosak meletup di kedai tersebut pada Februari 2022, Brian cuba menyelamatkan pelanggan-pelanggannya daripada terkena bahan kimia.

Namun, katanya, Brian turut mengalami kecederaan.

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, letupan itu mengeluarkan bahan kimia toksik dinamakan R-22, sejenis penyejuk yang digunakan dalam penyaman udara kediaman.

Sejak 2022, Mierendorf telah menjalani 25 pembedahan untuk cuba  menyelamatkan jari-jari tangannya.

Dia dan isterinya, Heather dianugerahkan pampasan itu oleh panel juri sebuah mahkamah pada 17 Jun lalu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI