fbpx

‘Ingat hujan biasa, sekali banjir kilat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan banjir di Seksyen 32, Shah Alam semasa siaran langsung di TikTok, hari ini.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan rendah di Seksyen 32, Bukit Kemuning, Shah Alam dilanda banjir kilat selepas hujan lebat berterusan sejak pukul 4 pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan paras air naik sehingga ke paras pinggang sekali gus menyukarkan pergerakan penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan terbabit.

Situasi itu turut dikongsikan menerusi satu siaran langsung di TikTok oleh Naeim yang memaparkan keadaan banjir yang melanda kawasan tersebut.

Menurutnya, hujan telah berhenti kira-kira jam 8 pagi, namun cuaca masih mendung dan paras air masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk surut.

“Mula-mula saya ingat hujan biasa, tetapi kawasan ini kalau hujan lebat memang akan jadi banjir kilat,” katanya menerusi siaran langsung tersebut.

Rakaman turut memaparkan beberapa kenderaan ditenggelami air dan tidak dapat diselamatkan, dipercayai akibat paras air yang tinggi.

Dalam pada itu, penduduk kawasan tersebut juga dilihat bertungkus-lumus untuk mengalihkan kenderaan yang terkesan ke tempat yang lebih selamat bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI