TAIPEI – Sepasang ibu bapa di Taiwan mencetuskan kontroversi apabila mengupah dua penari wanita seksi untuk menghiburkan anak lelaki mereka, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.
Penari itu membuat persembahan di luar sekolah menengah anak lelaki mereka bagi meraikan hari dia tamat pengajian di sekolah menengah rendah.
Menurut saluran berita CTITV News, persembahan itu berlangsung di luar Sekolah Menengah Rendah Wanhe, Perbandaran Taichung pada pertengahan bulan ini.
Ramai pelajar dan ibu bapa yang terkejut berkumpul untuk menonton persembahan dua penari wanita itu.
Pelajar lelaki itu turut dijemput berdiri di antara penghibur tersebut. Dia tersipu-sipu semasa persembahan berlangsung selama beberapa minit.
Ibu pelajar itu memberitahu media tempatan bahawa tarian itu ditaja oleh seorang rakan sebagai hadiah yang tidak akan dilupakan kepada anaknya.
Pelajar lelaki tu berkata: “Saya memilih untuk tidak membantah kerana ini hasrat ibu bapa saya.” – AGENSI