fbpx

CWC: Kemenangan Man. City sedikit terencat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY berjaya meraih kemenangan pada aksi pertama mereka pada kempen CWC selepas menundukkan Wydad awal pagi semalam. - AFP

PHILADELPHIA – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya pengadil sudah melakukan kesilapan ketika melayangkan kad merah kepada Rico Lewis meskipun pasukannya berjaya menewaskan Wydad Casablanca 2-0 awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Lincoln Financial Field itu, skuad The Citizens memulakan kempen Kumpulan G saingan Piala Dunia Kelab dengan langkah kanan selepas meraih gol hasil penyudah Phil Foden dan Jeremy Doku.

Namun, kemenangan City ke atas wakil Maghribi itu direcat apabila Lewis dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan sekali gus terlepas aksi bertemu Al Ain minggu depan.

Kata Guardiola, terjahan yang dilakukan oleh Lewis tidak kasar seperti yang disangka, tetapi barisan kejurulatihan terpaksa akur dengan keputusan selepas pengadil meneliti Video Bantuan Pengadil (VAR).

“Saya rasa Lewis tidak sepatutnya diarahkan keluar padang. Mungkin di dalam rakaman VAR kelihatan kasar, tetapi dia berjaya dapat bola dulu dan tiada niat untuk mencederakan pemain lawan,” katanya.

Sementara itu, Foden mengakui gembira dapat bantu pasukan meraih tiga mata berharga dan harap momentum cemerlang dapat diteruskan pada baki dua perlawanan peringkat kumpulan bertemu Al Ain dan Juventus nanti.

“Kita berjaya dapat keputusan positif walaupun dalam keadaan permukaan padang yang kering dan cuaca begitu panas. Banyak lagi perkara yang perlu perbaiki jika pasukan mahu melangkah jauh dalam kejohanan ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI