fbpx

CWC: Atletico Madrid intai pusingan kalah mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AXEL Witsel (tengah) berjaya meledak satu gol ketika Atletico menewaskan Seattle Sounders awal pagi tadi.

SEATTLE – Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone menarik nafas lega apabila peluang pasukan untuk lolos ke pusingan kalah mati Piala Dunia Kelab masih terbuka selepas menang 3-1 ke atas Seattle Sounders awal pagi tadi.

Pada perlawanan di Stadium Lumen Field itu, skuad Rojiblancos meraih gol menerusi ledakan berganda Pablo Barrios dan satu lagi gol disumbangkan oleh Axel Witsel, manakala pasukan lawan meraih gol hasil penyudah Albert Rusnak.

Kata Simeone, kemenangan yang diraih cukup positif terutama selepas motivasi pemain tidak berada pada tahap terbaik selepas tewas pada aksi pertama ketika bertemu Paris Saint-Germain (PSG) awal minggu ini.

“Secara jujur, ia bukanlah aksi sempurna kerana masih ada beberapa kelemahan yang dapat dilihat terutama daripada aspek pertahanan kerana pasukan lawan merapat berpeluang merapatkan jaringan 2-3.

“Namun, saya rasa lega kita dapat tiga mata berharga dan saya mahu pemain anggap semua perlawanan seperti aksi final,” kata pengendali dari Argentina itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI