fbpx

Buntu berhenti kerja akibat amnesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADNAN (kanan) bersama anaknya Muhammad Bahaman yang terlantar di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut.

JERANTUT – Ujian berat dihadapi seorang bapa, Adnan Ali, 61, yang mende­rita gangguan kurang daya ingatan atau amnesia yang terpaksa menjaga anaknya terlantar akibat kemalangan di Felda Kota Gelanggi 2 dekat sini.

Katanya, dia kini tidak mempunyai pendapatan langsung selepas berhenti kerja sebagai pemandu lori akibat penyakit itu dan cuma bergantung kepada pendapatan isterinya, Siti Ma­riam Md. Zain, 51, yang menjual nasi lemak.

Katanya, wang hasil jual nasi lemak isteri diguna untuk menampung barang keperluan dapur, bayaran bil, sewa rumah.

Selain itu katanya, mereka juga perlu menanggung persekolahan dua anak yang belajar di sekolah menengah dan wang saku dua lagi anak yang belajar di Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu.

“Setiap bulan pasti tidak cukup untuk menampung semua perbelanjaan itu.

“Saya buntu memikirkan semua itu disebabkan tidak mampu mencari rezeki kerana masalah kesihatan berikutan badan cepat letih, lebih-lebih lagi masalah amnesia sema­kin menjadi-jadi sejak tiga tahun lalu,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, dia terpaksa memberi tumpuan menjaga anaknya, Muhamad Bahaman, 16, yang cedera di bahagian kepala termasuk anggota badannya lain selepas terlibat kemalangan pada September tahun lalu di kawasan Felda berkenaan.

“Anak saya juga mengalami patah tulang paha kanan, patah tangan kiri serta mengalami kecederaan teruk di bahagian paru-paru dan usus menyebabkan dia koma, kadangkala mampu bergerak di hujung jari kaki.

“Selepas kejadian dia dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dan doktor mengesahkan kecederaan parah di bahagian kepala serta mendapatkan rawatan selama sebulan dan kini kembali sedar, tetapi masih tidak boleh berge­rak dan bercakap,”katanya.

Katanya, dia menjaga sepenuh masa anaknya kerana isterinya berniaga pada sebelah pagi hingga tengah hari.

Ujarnya, dia sudah membe­lanjakan hampir RM10,000 untuk berulang alik ke hospital, kos membeli susu khas, peralatan tiub saluran makanan dan penginapan semasa menunggu anak mendapatkan rawatan.

Katanya, pada masa ini anaknya menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500, manakala Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (Muip) turut menyumbangkan RM500 untuk keperluan kebajikan semasa terlantar sakit.

“Saya berterima kasih kepada JKM dan Muip atas bantuan, itu tetapi masih tidak mencukupi kerana kos untuk dua jenis susu khas anaknya mahal iaitu RM1,232 sebulan dan lampin pakai buang sebanyak RM200.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi ­Adnan di talian 013-744 7960 atau me­nyalurkan sumbangan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0699541100134865 (Siti Mariam Md. Zain).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI