fbpx

Budak lebam dirotan tak bersungguh berlatih bola jaring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan lebam pada tangan seorang pelajar didakwa akibat dirotan guru sebuah pusat pendidikan prasekolah dekat Sungai Petani pada Khamis lalu. - Gambar media sosial

SUNGAI PETANI – Hanya kerana tidak bersungguh-sungguh menjalani latihan bola jaring, dua pelajar pusat pendidikan prasekolah dirotan seorang guru sehingga lebam pada Khamis lalu.

Waris mangsa yang enggan dikenali mendakwa, anak perempuannya mengadu sakit pada kedua-dua belah tangan dan kaki akibat dirotan guru semasa latihan bola jaring.

Katanya, dia kemudian bertemu guru terbabit sebelum melihat seorang waris pelajar lain sedang memarahi wanita tersebut di kawasan luar pagar kerana merotan murid.

Dia segera memeriksa tubuh anak perempuannya dan mendapati ada kesan lebam di kedua-dua belah tangan serta kaki mangsa.

Waris itu kemudian membawa anaknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan sebelum membuat laporan polis.

Menurut waris itu lagi, anaknya sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim akibat kecederaan dialami.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan  mengesahkan menerima laporan daripada dua waris pelajar tersebut.

“Namun seorang waris enggan meneruskan kes dan pihak kita sedang melengkapkan siasatan termasuk menahan guru perempuan berusia 28 untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI