fbpx

Beri saya masa 2 minggu- Trump 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEAVITT bercakap kepada pemberita semasa sidang akhbar di White House semalam. - AFP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump berkata semalam bahawa beliau akan memutuskan sama ada untuk menyertai serangan Israel ke atas Iran dalam masa dua minggu lagi kerana masih ada peluang ‘besar’ untuk rundingan bagi menamatkan konflik tersebut.

Penangguhan Trump itu berpotensi membuka ruang untuk diplomasi, selepas beberapa hari dunia tertunggu-tunggu sama ada beliau akan mengarahkan tindakan ketenteraan ke atas Tehran.

Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt membacakan kenyataan  Trump selepas apa yang dipanggilnya ‘hari yang banyak spekulasi’ sama ada Amerika Syarikat akan terlibat secara langsung dalam konflik Iran-Israel.

“Berdasarkan fakta bahawa terdapat peluang besar untuk rundingan yang mungkin berlaku atau sebaliknya dengan Iran dalam masa terdekat, saya akan membuat keputusan sama ada meneruskan (menyertai perang) atau sebaliknya dalam tempoh dua minggu akan datang,” kata Trump dalam kenyataan itu.

Trump turut menetapkan tarikh akhir dua minggu berhubung topik sukar lain pada masa lalu, termasuk perang Rusia-Ukraine, namun Leavitt menafikan beliau enggan membuat keputusan mengenai perang Israel-Iran.

“Jika ada peluang untuk diplomasi, Presiden Trump sentiasa akan merebutnya tetapi beliau juga tidak takut untuk menggunakan kekuatan (tentera),” kata Leavitt.

Beberapa tokoh utama dalam dasar Trump iaitu Jadikan Amerika Hebat Semula (MAGA) termasuk pengulas Tucker Carlson dan bekas pembantu beliau, Steve Bannon lantang menentang serangan AS ke atas Iran.

Janji Trump untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada ‘perang tidak berkesudahan’ di Asia Barat memainkan peranan penting dalam  dalam memastikan kemenangan beliau pada pilihan raya 2016 dan 2024. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI