PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran lapan pegawai kanan berkuat kuasa 21 Julai ini.
Setiausaha PDRM, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata, pertukaran itu membabitkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad.
Menurutnya, Hussein dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik, Bukit Aman sementara Rusdi (Pengarah JSJ Komersil, Bukit Aman) manakala Hamzah (Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman).
Selain itu, katanya, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/ Operasi), Jabatan Keselamatan dan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.
“Pertukaran lain antaranya melibatkan Timbalan Pengarah (Teknikal/ Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, Deputi Komisioner, Gilberd Philip Layanh yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ujarnya, Ketua Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat) Bahagian Teknikal/ Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Redzuan Abd Hamid dilantik Timbalan Pengarah (Teknikal/ Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner
Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/ Perhubungan Antarabangsa) JSJ Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin akan memulakan tugas sebagai Timbalan Pengarah (penguatkuasaan/ kawalan lalu lintas/ pengurusan saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman sengan memangku pangkat Deputi Komisioner.
Tambahnya, Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Bahagian Teknikal/ Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, Asisten Komisioner Nordin Md Nor dilantik Ketua Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat) Bahagian Teknikal/ Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner. – KOSMO! ONLINE