fbpx

155 anggota Malbatt 850-12 terima pingat PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nicola (kanan) menyempurnakan pemakaian pingat PBB kepada anggota Malbatt 850-12 di Kem Marakah, Lebanon, semalam.

PETALING JAYA – Seramai 155 anggota Malbatt 850-12 dianugerahkan Pingat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu perbarisan penuh istiadat yang berlangsung di Kem Marakah, Lebanon, semalam.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata, penerima pingat terdiri daripada 20 pegawai dan 134 anggota lain-lain pangkat serta seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Malbatt 850-12.

Perbarisan pingat itu diketuai Timbalan Komander MALBATT 850-12, Leftenan Kolonel Firdaus Shah Budin dan diiringi kumpulan pancaragam dari Ghana Battalion (Ghanbatt).

Katanya, mendahului penerima pingat ialah Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Effendi Mohd. Shalleh, sebagai simbol pengiktirafan tertinggi terhadap kepimpinan dan peranan utama beliau dalam pelaksanaan misi.

“Penyampaian pingat diteruskan kepada pegawai-pegawai kanan serta keseluruhan anggota lain-lain pangkat yang disempurnakan oleh Komander Sektor Barat UNIFIL, Brigadier General Nicola Mandolesi,” katanya.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Republik Lubnan, Tuan Yang Terutama (TYT) Azri Mat Yacob, sebagai tanda sokongan dan penghargaan Kerajaan Malaysia terhadap peranan yang dimainkan oleh kontinjen negara dalam usaha keamanan antarabangsa.

Jelasnya, penganugerahan pingat itu merupakan pengiktirafan rasmi terhadap sumbangan anggota MALBATT 850-12 dalam mengekalkan keamanan serantau dan pelaksanaan misi antarabangsa dengan penuh profesionalisme.

MALBATT 850-12 telah memulakan penugasan di bawah United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) pada November 2024, ekoran konflik di selatan negara serta ketegangan semasa serantau melibatkan Israel dan Iran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI