fbpx

SST buah import tertentu mungkin dikaji semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita di Bangi, Selangor hari ini.

KAJANG – Kadar baharu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap barangan import terpilih termasuk buah-buahan berkemungkinan akan dinilai semula.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, rungutan beberapa pihak berhubung perkara itu akan dibawa kepada Jemaah Menteri.

“Saya berpendapat ada munasabah untuk dilihat semula dan saya fikir akan ada ‘adjustment’ terhadap bahan tertentu yang dikategorikan untuk pengenaan cukai SST.

“Terutama buah-buahan yang hasil atau cukai kepada negara tidak begitu tinggi. Jadi kalau dikenakan SST, maka harga buah-buahan itu akan tinggi,” katanya pada majlis sambutan Hari Pendidik Kemas Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 dekat sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin Mohamed yang menganggap langkah mengenakan SST ke atas buah import sebagai ‘tidak masuk akal’ memandangkan barangan itu turut digunakan rakyat berpendapatan rendah.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, antara tujuan SST untuk melindungi buah-buahan tempatan, tetapi Malaysia bukan pengeluar epal dan limau mandarin.

Justeru, katanya, beliau yakin Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi sedang melihat perkara tersebut.

“Saya tidak mahu pandangan Mydin itu dianggap pandangan terasing, tetapi perlu diambil kira,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI