fbpx

‘Rider’ perdaya beli nombor pendaftaran ribuan ringgit didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang penghantar makanan didenda sebanyak RM6,500 di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan memperdayakan seorang lelaki bagi pembelian nombor plat kenderaan, lebih empat bulan lalu.

Majistret, Nurul Saqinah Rosli, menjatuh hukuman berkenaan selepas tertuduh, S B Athitanar Anand, 29, membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan pilihan yang dibacakan.

Majistret turut menetapkan enam bulan penjara bagi setiap kesalahan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda bagi pertuduhan pertama sebanyak RM2,500 dan RM4,000 bagi pertuduhan kedua.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh telah menipu lelaki berusia 40 tahun dengan mendorong lelaki tersebut untuk memindahkan wang berjumlah RM 2,900 kepada tertuduh bagi menguruskan pembelian nombor plat kenderaan.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 8.30 pagi hingga 3.57 petang di Mambau, di sini, pada 12 Februari hingga 26 Februari lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, antara pukul 9.40 pagi hingga 10.10 pagi di sebuah kedai makan, Pekan Mambau pada 15 Mac hingga 20 Mac lalu, tertuduh telah menipu lelaki yang sama dengan memperdayakannya menyerahkan wang berjumlah RM 8,700 bagi menguruskan pembelian nombor plat kenderaan.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI