fbpx

Pencemaran radiasi meluas jika Israel serang 10 loji nuklear Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ satelit menunjukkan loji nuklear Natanz, Iran pada Sabtu lalu. - Foto AFP

VIENNA, AUSTRIA – Amaran pencemaran radiasi meluas dikeluarkan selepas Israel menyatakan bahawa Tel Aviv akan memusnahkan lebih 10 kemudahan nuklear di Iran, lapor portal berita The Mirror semalam.

Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (IAEA), Rafael Mariano Grossi berkata, mesin emparan di loji pengayaan uranium bawah tanah Iran di Natanz berkemungkinan rosak teruk jika tidak musnah sama sekali berikutan serangan Israel pada Jumaat lalu.

Grossi  memberi amaran bahawa risiko pencemaran radiasi secara meluas akan berlaku jika Tel Aviv melancarkan serangan terbaharu ke atas 10 kemudahan nuklear tersebut.

Beliau berkata, jika serangan itu berlaku, kedua-dua pencemaran radiologi dan kimia mungkin berlaku di dalam kompleks loji nuklear  walaupun fasiliti itu tidak  terjejas.

“Tahap radioaktif  di luar loji Natanz tidak berubah dan berada pada bacaan normal (selepas serangan Israel sebelum ini), menunjukkan tiada kesan radioaktif  luaran kepada penduduk atau alam sekitar,” kata Grossi kepada mesyuarat lembaga pengarah IAEA.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz sebelum ini berkata, tentera udaranya akan memusnahkan lebih 10 kemudahan nuklear Iran. 

Salah satu sasaran itu ialah kemudahan nuklear bawah tanah Fordow dekat Qom yang didakwa Katz sebagai isu yang pasti akan ditangani oleh Israel.

Iran tidak mendedahkan kerosakan di Natanz secara terperinci kerana negara itu kini menghadapi serangan Israel.

Tehran menyatakan,  program nuklearnya adalah untuk tujuan aman tetapi Israel menuduh Iran menggunakannya untuk membina senjata. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI