fbpx

Pemain warisan di Scotland sedia ‘pikat’ Cklamovski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Richard Chin telah melengkapkan perpindahan ke kelab Raith Rovers awal minggu ini. - Foto ihsan Facebook Raith Rovers

PEMAIN berdarah warisan Malaysia-England, Richard Chin berharap perpindahan ke Liga Kejuaraan Scotland dapat menarik minat Peter Cklamovski untuk memanggil khidmatnya bersama skuad Harimau Malaya pada kalendar antarabangsa September depan.

Sebagai rekod, karier Richard kembali berada pada landasan yang tepat selepas melengkapkan perpindahan ke kelab divisyen dua Scotland, Raith Rovers selepas hanya beraksi dengan pasukan semi-pro, Farnborough FC pada musim lalu.

Richard yang berusia 23 tahun mengakui sangat gembira untuk berkelana ke Scotland dan meletakkan harapan tinggi untuk menyertai revolusi skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Cklamovski nanti.

“Sudah tentu sasaran saya adalah untuk mewakili Malaysia dan peluang menyertai Raith Rovers  diharap dapat membuka ruang buat saya menyerlah.

“Secara jujur, saya harap dapat panggilan kebangsaan tidak lama lagi. Namun, fokus utama adalah saya perlu beri yang terbaik di peringkat kelab dan kekal kompetitif setiap minggu tidak kira pada sesi latihan atau perlawanan rasmi,” katanya.

Richard pernah mencipta sensasi ketika menyarung jersi Charlton Athletic dan menjadi pemain berdarah Malaysia yang pertama beraksi dalam saingan Piala Liga Kejuaraan Inggeris (EFL).

Namun, karier pemain sayap itu tidak berkembang seperti yang diharapkan apabila dilepaskan Charlton selepas kontraknya berakhir pada tahun lalu.

Richard sebelum ini pernah dipanggil menyertai skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) tahun pada November tahun 2023 ketika dibimbing oleh skuad Juan Torres Garrido. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI