fbpx

Paru-paru bayi tiga bulan cedera tertindih lengan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI kejadian di rumah mangsa di Kampung Perigi Hang Tuah. Foto oleh AMRAN ALI

MELAKA – Hasil bedah siasat bayi lelaki berusia tiga bulan yang maut dipercayai akibat tertindih lengan bapanya mendapati, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian paru-paru.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kecederaan itu mungkin disebabkan situasi tertindih yang menyukarkan bayi tersebut bernafas.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Dr. Muhammad Khairul Afizal mendapati, kes diklasifikasikan sebagai ‘pending laborotary investigation’ dan beberapa sampel telah diambil untuk ujian toksikologi ke Jabatan Kimia Melaka,” katanya kepada pemberita, sebentar tadi.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai akibat tertindih lengan bapanya yang terkena serangan jantung di kediaman mereka di Kampung Perigi Hang Tuah, di sini, pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI