fbpx
NOOR HISAM (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Perak antara Mohammad Azlin (kanan) dan Zulkafli (kiri) di Mes Pegawai Kanan Polis di Ipoh hari ini.

Mohammad Azlin kini Timbalan Ketua Polis Perak baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Biro Jenayah Hidupan Liar) Bukit Aman, Mohammad Azlin Sadari hari ini secara rasmi menerima tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Mohammad Azlin, 52, menggantikan Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat yang bersara wajib pada 23 Jun depan.

Majlis serah terima tugas di antara Zulkafli dan Mohammad Azlin itu disaksikan Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin di Mes Pegawai Kanan Polis Perak, di sini hari ini.

Terdahulu, di Dataran Perhimpunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Zulkafli, 60, dan isteri, Zaleta Ibrahim diraikan dalam Majlis Paluan Berundur yang dihadiri pegawai kanan, pengurusan tertinggi termasuk anggota polis.

Perbarisan kawalan kehormatan melibatkan 51 pegawai rendah polis serta dua pegawai itu dipimpin oleh Pegawai Baris, Asisten Superintenden Muhammad Nursyahir Saharuddin.

Zulkafli yang mula berkhidmat ketika berusia 21 tahun pada 15 Januari 1986 itu kemudiannya diberikan penghormatan menaiki kenderaan rasmi bersama isteri sebelum meninggalkan majlis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN