fbpx

Misi besar dua pelumba negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIM DANISH ketika ini menguasai saingan Rookies Cup dengan kelebihan 30 mata berbanding pencabarnya, Brian Uriarte. - ZK RACING

DUA permata permotoran negara, Hakim Danish Ramli dan Qabil Irfan Azlan menggalas misi besar hujung minggu ini apabila masing-masing akan beraksi di pentas berbeza di Eropah dengan reputasi pendahulu keseluruhan menjadi taruhan.

Hakim kembali ke litar Autodromo Internazionale del Mugello di Itali bagi meneruskan cabaran dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup, manakala Qabil akan berlumba di Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Talent Cup.

Qabil yang akan beraksi pada Pusingan 2 ESBK di Litar Barcelona-Catalunya, Sepanyol itu mengakui dia telah bersiap sedia selepas melakukan latihan intensif termasuk sesi ujian tertutup bersama pasukannya di Aragon minggu lalu sebagai persiapan menghadapi cabaran sengit di Catalunya.

“Saya telah menjalani latihan di Aragon sebagai persiapan untuk beraksi di Catalunya minggu ini. Persiapan di Malaysia juga saya telah lakukan, banyak latihan untuk ke ESBK. Saya tak tahu cabaran di ESBK kerana banyak persaingan.

“Apapun, jangan lupa doakan kejayaan saya di sini,” kata Qabil, yang kini mengungguli carta keseluruhan dengan 50 mata.

Sementara itu, Hakim Danish yang mewakili negara dalam saingan Rookies Cup kini gah di persada kedudukan keseluruhan selepas mengumpul 130 mata hasil lima podium tempat kedua dan satu kemenangan di Aragon pada Pusingan 3 lalu.

Pelumba kelahiran Terengganu itu dijangka sekali lagi menjadi tumpuan apabila turun ke Litar Mugello yang terkenal dengan laluan lurus panjang dan selekoh pantas, sekali gus menguji ketangkasan serta teknik tunggangan pelumba.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI