fbpx

Letusan Gunung Lewotobi tidak jejas ruang udara Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk melihat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Sikka, wilayah Nusa Tenggara Timur semalam. - AFP

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan insiden letusan Gunung Berapi Lewotobi, di timur Nusa Tenggara, Indonesia pada pukul 4 petang semalam.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, gunung tersebut terletak pada aras 1,703 meter di atas permukaan laut telah mencetuskan letusan debu.

Katanya, ketinggian letusan adalah sehingga mencapai ketinggian 14,000 kaki.

“Berdasarkan model trajektori daripada National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), debu gunung berapi dijangka tidak memberi kesan terhadap ruang udara Malaysia untuk sepanjang tempoh ramalan.

“MetMalaysia akan terus sentiasa memantau dengan rapi perkembangan situasi Gunung Berapi Lewotobi secara berterusan dan akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan situasi yang signifikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI