fbpx

Kambing, lembu jadi umpan jerat harimau – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk, Muhamad Khairul Azlan (kanan) menunjukan lokasi penemuan bangkai lembu didakwa akibat dibaham harimau, baru-baru ini.

KULIM – Kerajaaan negeri memandang serius isu ancaman harimau yang membaham empat ekor lembu di Kampung Ulu Dingin di Mahang, di sini pada tahun ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah memasang perangkap di lokasi tersebut.

“Isunya tiada umpan, nak tahan jerat kena letak umpan dan saya harap isu itu dapat diselesaikan. Saya difahamkan Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Wong Chia Zhen sanggup memberi dua ekor lembu untuk dijadikan umpan tangkap harimau itu,” katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini semalam.

Katanya, beliau difahamkan pihak Perhilitan telah memasang umpan seekor kambing tetapi masih belum dapat menangkap haiwan liar tersebut

Kosmo! baru-baru ini melaporkan kebimbangan penduduk Kampung Ulu Dingin, Mahang terutama penternak lembu selepas empat ekor lembu menjadi mangsa serangan harimau sejak awal tahun ini dengan kes terbaharu iaitu pada 12 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI