fbpx

Angkara selisih kereta, tiga warga asing didenda RM800 gaduh guna kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAQAR (depan), Afzal (tengah) dan Hosam (belakang) terbabit dalam pergaduhan didenda masing-masing didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT – Angkara tidak berpuas hati berselisih kenderaan, tiga warga asing bergaduh sesama mereka bersenjatakan kayu di hadapan sebuah kedai di Jalan Kampung Tanjung Laboh, di sini minggu lalu.

Perbuatan itu bagaimanapun berakhir ke muka pengadilan apabila mereka masing-masing didenda RM800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mereka ialah, Waqar Ali, 29, dan Afzal Khan, 43, masing-masing warga Pakistan manakala seorang lagi, Hosan Saddam, 36, warga Bangladesh, mengaku bersalah di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama terbabit dalam pergaduhan di hadpaan sebuah kedai di Jalan Kampung Tanjung Laboh, di sini pada pukul 5.30 petang, 12 Jun lalu.

Berdasarkan fakta kes, pengadu iaitu Hosan membuat laporan polis pada hari kejadian semasa memandu kenderaan berselisih dengan dua lagi tertuduh.

Berlaku perselisihan faham sehinggalah kesemua tertuduh mengambil kayu dan memukul sesama mereka dengan kejadian itu disaksikan beberapa orang awam yang kebetulan berada di lokasi.

Bertindak atas maklumat, polis menahan kesemua tertuduh pada pukul 9.30 malam hari kejadian dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI