fbpx

Ajal dua beranak pada hari sama, kubur sebelah-menyebelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail beberapa buah kereta di atas jalan raya di Riyadh. - Foto AFP

RIYADH – Seorang wanita yang sedang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pengebumian bapanya maut dalam kemalangan kereta di lebuh raya Al-Rain–Riyadh, Arab Saudi, lapor portal berita Gulf News.

Wanita itu kemudian dikebumikan di sebelah kubur bapanya pada hari sama, Ahad lalu. 

Mangsa dalam perjalanan bersama suami dan empat anaknya yang masih kecil apabila kenderaan mereka bertembung dengan sebuah lori berhampiran kawasan Qamran, barat daya Riyadh.

Ketika bapa dan anak-anak terselamat, ibunya mati di tempat kejadian.

Jenazah wanita itu terperangkap di bawah rangka kereta keluarga yang remuk.

Seorang warga Arab Saudi, Mohammed Al Bijadi, pulang dari perjalanan ke Riyadh, sedang memandu melalui kawasan nahas itu.

Tanpa teragak-agak, dia meluru ke arah kereta itu dan memberi pertolongan.

Bertindak pantas, Al Bijadi berjaya mengeluarkan bapa dan empat anak itu, seorang demi seorang dari dalam kereta remuk itu. 

Namun, si ibu telah meninggal dunia akibat kecederaan yang parah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI