fbpx

ACM perkenal bilik pameran Isuzu diperbaharui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZALIZA (empat dari kiri), Mohamad Radzi (lima dari kiri) dan Yamaguchi (tiga dari kiri) pada majlis perasmian bilik pameran Isuzu ACM yang dinaik taraf di Kuantan pada 17 Jun lalu.

PETALING JAYA – Automotive Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd. (ACM), ahli Kumpulan DRB-HICOM dan pengedar sah Isuzu terbesar di Semenanjung, baru-baru ini melancarkan bilik pameran yang dinaik taraf di Pulau Pinang dan Pahang.

Bilik pameran yang menampilkan identiti korporat ACM diperbaharui, mencerminkan hala tuju jenama dan memfokuskan pelanggan itu dilancarkan secara rasmi di Juru pada 11 Jun, diikuti Kuantan pada Selasa lalu.

Pelancaran sebuah lagi bilik pameran ACM yang diperbaharui di Johor Bahru akan menyusul dalam masa terdekat.

Bilik pameran di Juru dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. yang baru dilantik, Tomoyuki Yamaguchi dan Ketua Pegawai Operasi ACM, Mohamad Radzi Omar.

Sementara itu, bilik pameran di Kuantan telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuantan, Datuk Zaliza Zulkipli bersama-sama Yamaguchi dan Mohamad Radzi.

Mengulas mengenai pelancaran berkenaan, Mohamad Radzi berkata, imej korporat yang diperbaharui itu lebih daripada sekadar transformasi visual, menekankan dedikasi berterusan pihaknya dalam menambah baik pengalaman pelanggan dan meningkatkan kehadiran jenama di pasaran automotif tempatan.

“Elemen reka bentuk kontemporari dan ciri imersif disepadukan di seluruh ruang pameran, memastikan pengalaman premium yang konsisten pada setiap titik sentuh pelanggan.

“Kami turut menyepadukan elemen digital bagi membawa pengalaman pelanggan ke peringkat seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengunjung ke bilik pameran Isuzu ACM yang dinaik taraf akan disambut oleh paparan LCD besar di belakang kaunter penerimaan tetamu, selain akses maklumat kenderaan masa nyata melalui tablet digital interaktif yang menggantikan risalah tradisional.

Meningkatkan lagi pengalaman pelawat ialah sudut digital khusus yang lengkap dengan televisyen, peralatan realiti maya (VR) dan realiti teriumbuh (AR) yang membolehkan mereka meneroka ciri kenderaan secara mendalam, serta menikmati sesi pandu uji secara maya.

Pelanggan turut diberikan status masa sebenar sepanjang proses servis, dengan maklumat kemajuan kerja yang membolehkan perancangan masa lebih baik.

“Pelancaran ini mengukuhkan peranan ACM pemimpin automotif yang progresif dan berfikiran ke hadapan.

“Pembaharuan cawangan utama kami di Pulau Pinang, Kuantan, dan tidak lama lagi di Johor Bahru, menggariskan misi berterusan kami untuk menetapkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan dan penglibatan pelanggan,” tambah Mohamad Radzi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI