fbpx

62,485 lepasan SPM dapat tawaran ke politeknik, kolej komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Daud (tiga kiri) menyampaikan penghargaan kepada pelajar pada Majlis Penutup 7th Malaysian Polytechnic Relasis Annual Camp di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu.-Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Seramai 62,485 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 ditawarkan menyambung pengajian politeknik dan kolej komuniti bagi sesi kali ini.

Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd. Daud Isa berkata, daripada jumlah itu, seramai 42,058 calon menerima tawaran mengikuti pengajian di 36 politeknik, manakala 20,427 lagi berjaya mendapat tempat di 106 kolej komuniti di seluruh negara.

“Secara keseluruhan, sebanyak 131 program pengajian ditawarkan bagi sesi merangkumi satu program asasi, 89 program diploma dan 41 program sijil. Selain itu, terdapat penambahan daripada 500 calon kepada 800 calon untuk Program Asasi Teknologi Kejuruteraan di 10 buah politeknik terpilih.

“Program itu merupakan persediaan kepada mereka sebelum melanjutkan pengajian ke institusi di bawah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis perasmian Penutup 7th Malaysian Polytechnic Relasis Annual Camp di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu di sini hari ini.

Mohd. Daud memberitahu, bagi sesi kemasukan tahun ini, Politeknik Jeli, mula menawarkan program baharu iaitu Diploma Teknologi Hijau (Elektrik) dengan pengambilan seramai 40 calon.

Katanya, Politeknik Jeli merupakan institusi kedua menawarkan program tersebut selepas Politeknik Port Dickson.

“Secara keseluruhan, kadar kebolehpasaran kerja graduan politeknik kekal melebihi 90 peratus, sekali gus membuktikan pelajar kita tiada masalah daripada segi peluang pekerjaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI