fbpx

[VIDEO] Kecoh! tiga ekor beruk ketakutan masuk klinik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan beberapa ekor beruk liar menceroboh sebuah klinik kesihatan di Sungai Petani, Kedah.

PETALING JAYA – Gelagat mencuit hati dua ekor beruk bersama anaknya yang menceroboh masuk ke sebuah klinik kesihatan di Sungai Petani, Kedah menarik perhatian netizen di media sosial.

Menerusi satu perkongsian video oleh akaun Siakap Merah di TikTok, haiwan liar itu dilihat dalam keadaan keliru sambil bergayut di dinding klinik berkenaan.

Video tular itu turut menunjukkan beberapa jururawat sedang mengawal situasi bagi memastikan keselamatan orang awam tidak terjejas akibat kehadiran tiga ekor beruk liar tersebut.

Tiga ekor beruk itu dipercayai berpasangan bersama anaknya bergayut pada badan si ibu.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan orang ramai terhibur dengan kejadian itu, malah ada yang berseloroh mengatakan beruk terbabit datang ke klinik untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bersama keluarganya.

“Hari itu mereka datang IKM Sungai Petani nak masuk belajar TVET tapi tak cukup syarat sebab laporan kesihatan tak buat. Mungkin itulah sebab mereka datang klinik nak tanya tentang itu,” komen Nurli264.

“Keluarga bahagia ni, bagus suaminya temankan si bini. Mesti ramai yang jealous (cemburu) dengan mereka,” kata Eyla Natasha.

“Mereka ini saya rasa nak pergi klinik veterinar tapi tersilap tempat, kesian dengan anak kecil mereka melekap kat ibunya. Mak ayah sudah tak larat sampai bila nak bergayut. Cik misi tolonglah mereka ni,” balas Rosmawati.- KOSMO! ONLINE

@siakapmerah90 macam macam laa hat ni pun..hahaha #sungaipetani #hospital #klinik #nurse #doktor ♬ suara asli – N`chy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI