fbpx

Terkejut nampak polis, lelaki dikhuatiri lemas terjun sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mangsa dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Aring 2 di Felda Aring 2, Gua Musang semalam. FOTO IHSAN BOMBA

GUA MUSANG – Gara-gara terkejut dengan kehadiran pihak polis, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai bertindak terjun ke dalam Sungai Aring 2 di Felda Aring 2 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.21 malam itu mangsa yang berusia 42 tahun dilaporkan telah melarikan diri sebelum terjun ke dalam sungai tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.34 pagi tadi sebelum seramai empat anggota bersama sebuah jentera dan bot telah bergerak ke sungai itu.

“Mangsa dipercayai telah lemas dan gagal dikesan sehingga kini. Operasi mencari mangsa masih diteruskan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terkejut dengan kehadiran polis sebelum melarikan diri dan terjun ke dalam sungai.

“Mangsa belum dapat dipastikan sama ada lemas atau sebaliknya sehingga jasadnya ditemukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI