fbpx

SPRM sahkan bakal tahan tiga individu termasuk dua ADUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki

KOTA KINABALU – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta seorang individu awam akan ditahan serta didakwa di mahkamah berhubung kes rasuah dikaitkan dengan penerokaan sumber mineral Sabah yang membabitkan ADUN dari Sabah.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhajaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika ditemui pada satu program di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sabah di Sepanggar hari ini.

Beliau mengesahkan dua ADUN dan seorang individu awam itu sedang dalam proses untuk ditahan dan bakal dihadapkan ke mahkamah sebelum akhir bulan ini.

“Ya, kes ADUN ini saya ingin menyatakan bahawa ada dua suspek daripada pihak ADUN. Seorang lagi orang awam. Kesemua mereka kini dalam proses untuk kita jakankan tangkapan dan memberitahu tarikh mereka kena hadir ke mahkamah.

“Tarikh saya tidak akan maklumkan sehingga proses ini selesai. Ia bergantung kepada tarikh yang akan ditetapkan kerana mahkamah rasuah di Sabah ada tarikh-tarikh tertentu dan kita sedang mendapatkan tarikh tersebut,” katanya.

Terdahulu, SPRM pagi tadi dipercayai memanggil ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob untuk memberi keterangan berhubung kes rasuah terbabit.

Menurut sumber, Pengerusi Qhazanah Sabah itu tiba di ibu pejabat SPRM Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah kira-kira pukul 8.45 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI