fbpx

Piala Dunia Kelab: Dortmund, Fluminense sama liat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain tengah Borussia Dortmund, Jobe Bellingham membuat debut bersama pasukan pada aksi awal pagi tadi. - Foto ihsan Bleacher Report

NEW JERSEY – Pengendali Borussia Dortmund, Niko Kovac mengakui keadaan padang menjadi punca utama pasukan gagal meraih kemenangan pada aksi pertama Kumpulan F saingan Piala Dunia Kelab bertemu Fluminense awal pagi tadi.

Pada aksi di Stadium MetLife itu, dua kelab berpengaruh dari Jerman dan Brazil itu mempamerkan aksi seimbang sepanjang perlawanan dengan saingan berakhir dengan keputusan seri 0-0

Kata Kovac, pasukan Fluminense berjaya turut memberikan tentangan sengit sehingga menyukarkan jentera serangannya untuk mencari gol yang diharapkan.

“Seperti dijangka, kita telah harungi perlawanan pertama yang sengit kerana Fluminense adalah pasukan yang berkualiti dan mampu mendominasi saingan dengan baik terutama pada babak pertama.

“Secara peribadi, saya rasa faktor padang yang kurang berkualiti selain cuaca panas menjadi penyebab kita tidak dapat berikan sepenuh tenaga dan situasi ini lebih sesuai dengan pemain bola sepak dari Brazil,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI