fbpx
GAMBAR HIASAN

Perkhidmatan terpilih MAE alami gangguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa perkhidmatan terpilih dalam aplikasi MAE sedang mengalami gangguan buat sementara waktu.

Maybank dalam hantaran di aplikasi X bagaimanapun berkata, fungsi utama aplikasi tersebut masih boleh digunakan seperti biasa untuk keperluan perbankan harian.

“Pengguna juga boleh menggunakan laman web Maybank2u untuk menjalankan urus niaga seperti biasa.

“Pihak kami sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas secepat mungkin,” katanya dalam hantaran itu malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI