fbpx

Pengunjung leka mandi air terjun, ular pun ‘seronok’ berenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR ular berenang ke arah sejumlah pengunjung air terjun. - Foto Instagram/@littledehradunstories

NEW DELHI – Pengunjung sebuah air terjun di India cemas apabila seekor ular berenang ke arah orang ramai yang sedang leka mandi-manda, lapor portal berita NDTV.

Kejadian berlaku di kawasan air terjun popular, Kempty Falls, Mussoorie. 

Menurut catatan pengguna Instagram, @littledehradunstories, kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu. 

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik, orang ramai pada awalnya bergembira sebelum situasi bertukar menjadi panik apabila seekor ular dikesan berenang di dalam air. 

Sejumlah orang menjerit dan berebut-rebut untuk keluar dari air serta berusaha keras untuk menjauhkan diri daripada reptilia itu.

Kejadian itu mendapat pelbagai komen daripada pengguna media sosial dengan salah seorang berkata: “Pelancong telah memasuki kawasan ‘kejiranan’ ular’.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI