fbpx

Pemandu treler sebabkan kematian empat sekeluarga kena penjara 8 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Y. VETHRI VEL terpaksa meringkuk lebih lama di dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Taiping meminda hukuman penjara daripada empat tahun kepada lapan tahun hari ini.

TAIPING – Seorang pemandu treler yang menyebabkan kematian empat sekeluarga dalam satu kemalangan di Sungai Siput lima tahun lalu, terpaksa meringkuk lebih lama atas kesalahannya itu.

Ia selepas Mahkamah Tinggi di sini meminda hukuman penjara empat tahun yang dikenakan sebelum ini terhadap tertuduh, Y. Vethri Vel, 31, kepada lapan tahun.

Hakim Noor Ruwena Md. Nurdin turut menaikkan denda RM20,000 kepada RM80,000 bagi empat pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 10.20 malam, 13 Februari 2020 itu, Lans Koperal Mohamad Faiz Bakhari, 28, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput dan isteri, Nik Iedayu Nik Hassan, 30, serta anak bongsu mereka, Muhammad Faqih Irsyad berusia 16 bulan maut di lokasi kejadian.

Kemalangan itu turut mengorbankan adik ipar Mohamad Faiz, Nik Ifeka, 27, manakala anak sulung pasangan itu, Muhammad Fariz Iskandar berusia tiga ada tahun parah.

Terdahulu, hakim tersebut meminda pertuduhan yang dihadapi Vethri Vel daripada Seksyen 44(1) APJ 1987 kepada Seksyen 41(1) akta sama setelah mendapati pihak pembelaan berjaya mewujudkan keraguan munasabah berkaitan sampel darah tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI