fbpx

Napoli ‘intai’ pemain Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO menjadi buruan Napoli yang masih percaya mengenai kualiti dimiliki pemain tersebut. - AFP

NAPLES – Juara Serie A, Napoli terus berusaha untuk menambah kekuatan mereka menjelang saingan musim depan untuk mempertahankan kejuaraan selain melangkah lebih jauh pada saingan Liga Juara-Juara.

Selepas berjaya mendapatkan khidmat playmaker Manchester City, Kevin De Bruyne secara percuma, Napoli mahu terus aktif dalam pasaran perpindahan musim panas kali ini dengan membawa masuk lebih ramai nama besar.

Penganalisis bola sepak Itali, Gianluca Di Marzio mendakwa, skuad kendalian Antonio Conte itu sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat seorang lagi pemain Manchester United selepas berjaya membawa Scott McTominay musim lalu.

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis sudah mengadakan rundingan bersama Conte dan berjaya menyakinkan jurulatih itu untuk kekal serta berjanji untuk membawa masuk lebih ramai pemain berprofil tinggi.

Perkembangan itu menyaksikan mereka menamakan Jadon Sancho sebagai sasaran baharu biarpun prestasi pemain itu bersama Chelsea secara pinjaman tidak memuaskan apabila hanya meledak tiga gol dan lima umpanan jaringan dalam 31 penampilan.

Napoli percaya pemain itu masih memiliki kualiti dan mampu mengembalikan semula kredibilitinya jika berhijrah ke Serie A terutama ketika pasukan itu lebih mengutamakan aspek taktikal berbanding kepantasan.

Bagaimanapun, satu-satunya masalah yang mungkin menjadi penghalang adalah gaji mingguan £250,000 (RM1.43 juta) yang diterimanya dan Napoli hanya bersedia tawaran 50 peratus sahaja daripada jumlah berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI